Laman

Wednesday, August 31, 2011

Contoh Karangan Yang Baik! Syabas Ahmad Idris

Farihan bin Fazlee
Blk 236
Admiralty Link
#04-05
Singapura 730236

28 Ogos 2010

Tuan Pengerusi
Pertubuhan Mercy Relief
31 Lorong Kew
Singapura 542001

Tuan

Permohonan Untuk Menawarkan Perkhidmatan Kepada Mercy Relief

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku seorang sukarelawan ingin menawarkan perkhidmatan kepada Mercy Relief, Baru-baru ini saya telah terbaca di akhbar tentang beberapa negara yang dilanda malapetaka seperti tsunami, gempa bumi dan juga banjir. Saya berasa sungguh hiba tatkala mengenangkan akan nasib mereka yang dilanda musibah. Maka saya percaya dan yakin bahawa saya memiliki ciri-ciri seorang sukarelawan yang proaktif dan baik yang diperlukan oleh pihak tuan.

Sebagai seorang sukarelawan yang proaktif dan baik, saya mampu berinteraksi dengan mangsa bencana alam walaupun mereka berlainan bangsa. Ini adalah kerana dengan adanya kemajuan teknologi yang semakin canggih, saya dapat mempelajari bahasa mereka melalui lelaman internet. Ini akan memudahkan usaha saya untuk berinteraksi dengan mereka. Dengan ini, saya dapat mendengar apakah masalah yang mereka alami. Saya juga akan turut rasa simpati kerana mereka telah hilang harta benda mereka. Selain itu, saya juga memanfaatkan kecanggihan internet supaya saya dapat mengikuti perkembangan semasa. Dengan ini, saya mendapat tahu apa yang berlaku di seluruh bumi dan boleh bertindak dengan lebih pantas daripada sukarelawan yang biasa.

Selain itu, saya memperolehi nilai-nilai yang membuktikan bahawa saya adalah sukarelawan yang proaktif dan baik. Saya adalah seorang yang penyabar dan tidak mudah letih. Nilai yang saya perolehi ini akan membantu saya untuk menangani segala ujian dan tugasan yang diberi. Sebagai contoh, jika saya diberi tugasan seperti mencari mangsa yang terkorban, saya tidak akan mudah berputus asa kerana memberi perkhidmatan adalah matlamat saya. Saya percaya bahawa nilai seperti ini amat jarang diperolehi di kalangan sukarelawan yang biasa. Sukarelawan yang biasa mempunyai kecenderungan untuk berputus asa.

Saya berharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan saya ini dan memberi saya peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada Mecry Relief. Saya percaya bahawa jika saya dapat menawarkan perkhidmatan ini, saya dapat meringankan beban bagi setiap kakitangan yang juga turut memberi perkhidmatan kepada negara-negara yang dilanda malapetaka.

Yang benar
Farihan