Laman

Wednesday, August 31, 2011

Contoh Karangan Yang Baik! Syabas Ahmad Idris

Farihan bin Fazlee
Blk 236
Admiralty Link
#04-05
Singapura 730236

28 Ogos 2010

Tuan Pengerusi
Pertubuhan Mercy Relief
31 Lorong Kew
Singapura 542001

Tuan

Permohonan Untuk Menawarkan Perkhidmatan Kepada Mercy Relief

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku seorang sukarelawan ingin menawarkan perkhidmatan kepada Mercy Relief, Baru-baru ini saya telah terbaca di akhbar tentang beberapa negara yang dilanda malapetaka seperti tsunami, gempa bumi dan juga banjir. Saya berasa sungguh hiba tatkala mengenangkan akan nasib mereka yang dilanda musibah. Maka saya percaya dan yakin bahawa saya memiliki ciri-ciri seorang sukarelawan yang proaktif dan baik yang diperlukan oleh pihak tuan.

Sebagai seorang sukarelawan yang proaktif dan baik, saya mampu berinteraksi dengan mangsa bencana alam walaupun mereka berlainan bangsa. Ini adalah kerana dengan adanya kemajuan teknologi yang semakin canggih, saya dapat mempelajari bahasa mereka melalui lelaman internet. Ini akan memudahkan usaha saya untuk berinteraksi dengan mereka. Dengan ini, saya dapat mendengar apakah masalah yang mereka alami. Saya juga akan turut rasa simpati kerana mereka telah hilang harta benda mereka. Selain itu, saya juga memanfaatkan kecanggihan internet supaya saya dapat mengikuti perkembangan semasa. Dengan ini, saya mendapat tahu apa yang berlaku di seluruh bumi dan boleh bertindak dengan lebih pantas daripada sukarelawan yang biasa.

Selain itu, saya memperolehi nilai-nilai yang membuktikan bahawa saya adalah sukarelawan yang proaktif dan baik. Saya adalah seorang yang penyabar dan tidak mudah letih. Nilai yang saya perolehi ini akan membantu saya untuk menangani segala ujian dan tugasan yang diberi. Sebagai contoh, jika saya diberi tugasan seperti mencari mangsa yang terkorban, saya tidak akan mudah berputus asa kerana memberi perkhidmatan adalah matlamat saya. Saya percaya bahawa nilai seperti ini amat jarang diperolehi di kalangan sukarelawan yang biasa. Sukarelawan yang biasa mempunyai kecenderungan untuk berputus asa.

Saya berharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan saya ini dan memberi saya peluang untuk menawarkan perkhidmatan kepada Mecry Relief. Saya percaya bahawa jika saya dapat menawarkan perkhidmatan ini, saya dapat meringankan beban bagi setiap kakitangan yang juga turut memberi perkhidmatan kepada negara-negara yang dilanda malapetaka.

Yang benar
Farihan

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Khas

Salam Sejahtera Kepada Semua Anak Didik Yang Tersayang
 
Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Sekiranya Cg terkasar bahasa sewaktu mengajar atau bergurau, kemaafan saya pohan daripada anda semua.
 
Berjuanglah kita bersama untuk membukti kepada semua bahawa kita SEMUA BOLEH BERJAYA!

Thursday, August 25, 2011

Alamat emel

Sila hantar karangan lengkap anda ke alamat tersebut:

ghaz76@gmail.com

Ingatlah semua. Saya ingin semua pelajar yang tersayang berjaya. Jika awak semua dapat selami hati saya, pasti awak akan mula bersungguh sungguh belajar dengan tidak kenal erti penat.


Tuesday, August 23, 2011

Sunday, August 7, 2011

Ulangkaji GCE N

Kertas 2
1. Klik Label Imbuhan yang tertera di atas. Fahami penggunaan imbuhan.
2. Bahagian kefahaman B dan C, gunakan teknik membaca sambil menyoal soalan dengan menggunakan SAMMBoB

Kertas 1

Bahagian A
1. Surat kiriman rasmi dan tidak rasmi ( rujuk format yang tepat)
2. Guna SAMMBoB dan IBU suka BATMAN untuk mengupas masalah ataupun merangka saranan.

Bahagian B
1. Karangan Ekspositori ( Gunakan SAMMBoB dan Ibu suka BATMAN)
2. Karangan Naratif
(Gunakan SAMMBoB, Kau CoP BmW, 5 jenis Masalah untuk membentuk rangka)
(Gunakan PAGMaD sewaktu ingin mula mengarang.
# RUJUK buku SWAKARYA

Imbuhan

Tuesday, June 7, 2011

Bacaan Lisan Peringkat O 2011

Sila tonton klip video ini. Perhatikan gaya pembacaan pemberita.



Ujian Lisan

A. Bacaan

Apakah yang harus kita lakukan sebelum menduduki ujian lisan?

Teknik Membaca

1. tanda baca

( , ) ( . ) ( ? ) ( ! )

nada harus diubah mengikut pembubuhan tanda baca.

2. kata penguat perlu ditekankan
masih, sungguh, benar, amat

3. kata hubung (conjuction) perlu ditekankan
dan, walaupun, tetapi, kerana dan sebagainya.

4. kata sifat (adjective) perlu ditekankan

5. kata kerja (verb) perlu ditekankan

6. nada harus bergelombang (intonation)

7. jeda harus diselitkan selepas perkataan tertentu.

LATIHAN PERBUALAN (O Level)

ARAHAN: Jawab semua soalan di bawah ini. Gunakan VOCAROO untuk merakam suara anda. Ketiga-tiga soalan ini perlu dijawab dalam masa 2 minggu. (Tarikh Tutup: 23 Jun 2011)

Setiap soalan gunakan 1 label Vocaroo sahaja. Tampalkan rakaman kamu di Weebly kamu.

SOALAN 1
Apakah jenis rancangan televisyen yang kamu gemari? Mengapa?

Sekiranya kamu diberi peluang membuat rancangan televisyen kamu sendiri, apakah rancangan televisyen yang kamu adakan?

Menonton televisyen mempunyai pengaruh yang negatif. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Jelaskan.

SOALAN 2


Apakah jenis cerita yang pernah kamu tonton atau kamu tonton?

Apakah cerita yang kamu gemar baca atau tonton?

Buku adalah guru kepada pembaca? Setujukah kamu dengan pernyataan ini?

SOALAN 3


Apakah jenis permainan yang digemari pada masa kini?

Apakah jenis permainan yang kamu gemari?

Bermain sesuatu permainan mendatangkan kesan buruk kepada pemain. Setujukah kamu dengan pernyataan ini. Jelaskan



Persediaan Peperiksaan Lisan Peringkat O 2011

Ujian Lisan

PERBUALAN

1. Gunakan SAMMBoB & IBU suka BATMAN

Contoh :

Soalan 1: Apakah jenis cerita yang pernah kamu tonton atau kamu baca?

- Kenal pasti Kata Kunci

PENGENALAN ( Pendek dan umum )
Sebagaimana yang kita maklumi terdapat pelbagai cerita yang berada di pasaran.

Siapa? Setiap manusia mempunyai citarasa yang berbeza-beza
Ada cerita hanya sesuai oleh peringkat umur yang tertentu.

Apa? Namun demikian, kebanyakannya gemar menonton cerita misteri, hantu, aksi, sebagainya.

DIRI SENDIRI

Siapa: Diri Sendiri
Apa : Tonton cerita hantu Melayu
Mengapa: BATMAN
1. Budaya ( BAS : Bahasa , Amalan, Seni)
Hantu yang ditayang lebih menyeramkan kerana deskripsi tentang hantu tersebut seakan-akan dengan cerita-cerita yang sering diceritakan oleh masyarakat Melayu. Cara menghalau hantu tersebut juga menggunakan cara-cara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.

2. Teknologi
Efek yang digunakan dengan bantuan teknologi terkini membuatkan cerita tersebut seolah-olah benar. Sebagai contoh kesan bunyi yang digunakan boleh membuat bulu roma yang meremang. Latar yang digunakan amat sesuai dengan cerita tersebut. Kesan asap dan cahaya yang menarik menambahkan kesan ngeri.

Mana : Di pawagam di kawasan Orchard

Untuk pengetahuan cikgu, saya gemar menonton cerita-cerita hantu di pawagam kerana kesan bunyi lebih realistik. Suasasa yang gelap di pawagam menambahkan kesan ngeri sewaktu menonton cerita hantu.

Bila : waktu malam

Yang lebih menyeronokkan adalah apabila saya menonton cerita hantu pada waktu malam.

Bagaimana : Jelaskan (Apa) : Proses sewaktu kamu menonton cerita

Sejujurnya sewaktu saya menonton cerita hantu, jantung saya sentiasa berdebar-debar dan jika saya sedang menonton bahagian suspens, saya akan genggam tangan saya. Sekiranya muka hantu tersebut terlalu mengerikan, saya akan menutup mata saya. Kesan bunyi terutama sewaktu hantu mengilai boleh membuat saya tersentak.

Justeru itu, tidak dapat saya nafikan bahawa saya benar-benar menonton cerita hantu.

( Cuba kamu perhatikan cara saya menjawab soalan pertama yang diajukan oleh pemeriksa. Perhatikan bagaimana proses menjawab soalan tersebut dengan menggunakan SAMMBoB dan IBU suka BATMAN)

Frasa-frasa untuk memulakan perbualan

1. Sejujurnya, saya fikir……
2. Pada pendapat saya…
3. Dewasa ini… ( Sekarang ini)
4. Mengikut perangkaan (Statistik)
5. Tidak dapat dinafikan …
6. Enggan saya menafikan …
7. Tambahan lagi …
8. Justeru itu….
9. Malah …
10. Dengan ini,….

Tuesday, May 24, 2011

Penanda Wacana

PENANDA WACANA

Surat Kirimana Rasmi


Surat Kiriman Rasmi dan Tidak Rasmi -

Thursday, April 7, 2011

Imbuhan

Sila gunakan imbuhan yang sesuai sewaktu mengimbuhi perkataan-perkataan yang berwarna merah.

Kefahaman dan Lisan

Monday, March 28, 2011

BATMAN 1: Budaya Kitar Semula

Sila baca petikan dan kemudian cerakin (pecahkan) mengikut format

ISI : BATMAN
BUKTI: SAMMBoB

Perhatikan cara ayat-ayat diolah dan penanda wacana digunakan.

Friday, March 25, 2011

Templat Berfikir Karangan Ekspositori

Sila gunakan templat di bawah ini untuk menggabungkan idea-idea (BATMAN) daripada teman-teman anda yang lain.
Anda perlu menjana 4 IBU dalam latihan ini.

Templat Berfikir

Sila gunakan templat di bawah ini sewaktu anda menggabungkan idea-idea (BATMAN)daripada lelaman teman-teman yang lain.

Tuesday, March 8, 2011

Pencetus Masalah

Apakah yang perkara-perkara yang menyebabkan perubahan emosi?
Sila tonton video klip di bawah ini:





Wednesday, March 2, 2011

Kata Sendi Nama

Sila baca dan fahami setiap fungsi kata sendi yang terkandung dalam slaid-slaid di bawah ini

Sajak

Tangisan Hermafroditisme



Lama mandala jiwa kekosongan

Lama kumerintih sendiri

Lama kuditimbusi kesepian

Lama kumenanti kerdipan harapan



Aku juga kaum murba

Aku lelaki

Aku nisa

Lahirku suci bak sutera putih

Tiada dosa dan noda



Kau sisihku dari alam nasut

Enggan menerimaku

Aib membelaiku

Celaan hinaan cacian

Santapan buatku



Diri terperlus dalam sangkar badanimu

Benih demi benih disemai tanpa jemu

Kelalilanmu menjelira

Jeritanku kau telan

Tangisanku kau tawan

Batinku kau jerat erat



Diri diheret ke buana satwa

Didagang buat nafsu insan durjana

Kezalimanmu dibalas wang permata

Kerakusanmu memaksaku melembur

setiap sangkala



Egotisme

Nepotisme

Materialisme

Paksi kekejamanmu



Diriku jijik

Duniaku hitam

Masa depanku kelam

Aku hermafroditisme

Bukan boneka bernyawa

Friday, February 25, 2011

Wednesday, February 16, 2011

Latihan Imbuhan

IMBUHAN 1

Musim sejuk di negara-negara yang terletak di Hemisfera Utara dan Selatan sering dikaitkan dengan 1.turun salji. Salji biasanya 2.bentuk daripada wap air yang melalui aras atmosfera tinggi di bawah suhu kurang daripada 0 darjah selsius dan kemudian jatuh semula ke bumi. 3.Banding air hujan, salji mempunyai 4.padat yang lebih rendah bermaksud jumlah 5.lembap sekata akan menghasilkan salji dengan isi padu yang lebih banyak. 6.Keping salji sebenarnya terbentuk daripada himpunan dua hingga 200 kristal ais. Ia terdiri daripada baki kotoran yang 7.terbang ke atmosfera dan diliputi oleh kepingan-kepingan kecil ais.
Keadaan sejuk akan menyebabkan kristal ais ini terikat antara satu sama lain dan jika terlalu berat, ia akan jatuh ke bumi 8.bagai salji. Jika 9.perhati secara lebih dekat, kepingan salji mempunyai corak geometrik yang sangat menarik hasil daripada corak air beku dalam 10. sekitar bawah graviti kosong seperti awan.
Satu peraturan yang unik, air dalam lapan unit salji adalah bersamaan dengan satu unit hujan.

 IMBUHAN 2

Arsenal harus dahului dengan dua gol Jangan mudah terpengaruh dengan keputusan perlawanan. Lebih-lebih lagi, jika seteru anda ialah Barcelona.
Jika Arsenal tidak menghadapi 1.sulit membenam Wolves 2-0 dalam pertandingan Liga Perdana England hujung minggu lalu, Barceloa hampir-hampir 2.gempar oleh Sporting Gijon sebelum perlawanan La Liga itu berkesudahan seri 1-1.
Apakah itu bermakna Arsenal, yang menerima 3.kunjung Barcelona dalam perlawanan pusingan kalah mati pertandingan Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Emirates hari ini, menjadi pilihan untuk 4.menang pertarungan ini?
Pertama, jika dilihat dari sudut perlawanan ini yang berlangsung di Stadium Emirates, Arsenal sewajarnya menjadi pilihan.
Kedua, menjelang 5.lawan ini, Arsenal belum pernah kecundang dalam lapan perlawanan terakhirnya dalam pelbagai pertandingan.
Ketiga, kehadiran Robin van Persie yang terlepas 6.main musim lalu kerana diganggu masalah kecederaan.
Kali ini, Van Persie begitu menyerlah dari segi sumbangan kepada perjuangan pasukannya, termasuk dari segi jaringan yang 7.jauh ini telah menyumbatkan 10 gol.
Bahkan, Van Persie menyumbatkan kedua-dua gol Arsenal ke atas Wolves hujung minggu lalu.
Kecemerlangannya itu turut memikat 8.hati bekas pemain dan jurulatih Barcelona, Johan Cryuff.
Apa kata legenda pemain Belanda itu?
'Beliau juga menyerlah dengan rembatan kaki kanannya. Tetapi jika beliau membuat rembatan 9.guna kaki kirinya, tentu sekali ia lebih mengancam.
'Beliau juga tidak kurang handal dalam persaingan hantaran tinggi,' demikian penghargaan Cryuff mengenai Van Persie, yang boleh 10.timbul pelbagai masalah ke atas Barcelona.




IMBUHAN 3

Institusi agama Islam di Singapura memainkan peranan penting dalam memantapkan 1.sepadu sosial masyarakat Muslim dengan kaum lain. Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Alami Musa, berkata masjid dan madrasah 2.main peranan itu tanpa memikirkan bangsa atau agama.
Beliau berkata demikian dalam 3.ucap sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Alkaff Kampong Melayu malam tadi.
Tamu 4.hormat majlis itu ialah Menteri Sumber Air dan Sekitaran, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
Ia turut dihadiri Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram.
Dalam ucapannya, Haji Alami berkata peranan yang dimainkan masjid dan madrasah itu sesuai dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini - Mendalami tradisi Islam, 5.kukuh iman dan menyebar ihsan.
Menurut beliau, institusi-institusi sosio-agama Singapura sekarang lebih 'mesra masyarakat'. Haji Alami memberi contoh 60 masjid dan 174 pemimpin masjid aktif dalam Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC).
'Masjid kita juga tidak segan untuk bekerjasama dengan kumpulan agama lain. Misalnya, Masjid Al-Istighfar telah 6.ganding bahu dengan Loyang Tua Pek Khong dalam kegiatan Harmony Walk,' katanya.
Menambah bahawa madrasah juga tidak 7.tinggal, beliau memberi contoh Madrasah Wak Tanjong 8.jadi tuan rumah bagi para pelajar dari Jepun.
'Madrasah Al-Maarif aktif di peringkat nasional melalui 9.serta dalam program Arena Debate. Madrasah Aljunied pula telah menjayakan satu misi kemanusiaan ke Vietnam untuk membantu pelajar-pelajar miskin,' ujar Haji Alami.
Umat Islam Singapura, tambah beliau, harus berbangga kerana telah banyak 10.sumbang kepada keharmonian agama, kesepaduan nasional dan pembangunan negara.
'Ini adalah kerana semangat umat Islam sebagai penyumbang amat kuat. Semangat ini wujud dan mekar dalam sanubari masyarakat Muslim Singapura,' katanya.

Imbuhan Apitan

Imbuhan Apitan

Imbuhan Apitan

Imbuhan Apitan

Imbuhan awalan

Imbuhan Awalan

Thursday, February 10, 2011

Thursday, February 3, 2011

4 E & NA Jenayah Remaja 1: Kes Pembuangan Bayi

Pembelajaran Pada 7 hingga 11 Feb 2011

Tonton klip video di bawah ini dan gunakan BATAM untuk menyenaraikan masalah yang ditonjolkan.



Baca muka surat 10 hingga 12 sahaja.
Akan kita bincang akan bahas antara kumpulan

Wednesday, February 2, 2011

4NA Tugasan Cuti Sekolah (Tahun Baru Cina)

Sila lengkapkan DUA karangan:
a)1 surat kiriman (SAMMBoB & IBU @ BATAM)
b)1 karangan naratif/deskriptif (swakarya).

Tugasan dihantar pada 7 Feb 2011 (Isnin)

Karangan yang pendek dan tidak menggunakan format dan teknik yang diajar akan dikembalikan.

Kertas Latihan 4na p1 01

Thursday, January 13, 2011

SAMMBoB


Anda adalah seorang wartawan. Gunakan SAMMBoB untuk membentuk soalan-soalan.

Sediakan soalan-soalan yang kritis dan kreatif. 


Pastikan soalan yang dibina dapat mencungkil pelbagai idea.

Tuesday, January 11, 2011

SAMMBoB & IBU @ BATAM


BATAM -

Saturday, January 8, 2011

Pengumuman

Para Pelajar 3 Ekspres, Sila ke laman
http://www.spfbahasamelayu2.blogspot.com

Monday, January 3, 2011

Surat Kiriman Rasmi 2011






SKR4Jan1 -