Laman

Monday, October 4, 2010

Imbuhan


imbuhan

Saturday, September 18, 2010

Persediaan Buat Peperiksaan Akhir Tahun

Sekembalinya saya nanti pada hari Khamis,saya harap setiap tugasan yang diberi telah dilangsaikan.

Para pelajar perlu mempelajari:
1. fungsi imbuhan
2. peribahasa
3. Surat Kiriman Rasmi (IBU dan SAMMBoB)
4. KOSA KATA daripada petikan kefahaman dan cerpen (kedua-duanya sudah ada di blog)

Biar kita berusaha bermati-matian sekarang tetapi tergelak akhirnya.

Tuesday, August 24, 2010

Surat Kiriman Rasmi dan Tidak Rasmi


Surat Kiriman Rasmi dan Tidak Rasmi

Monday, August 23, 2010

Surat Kiriman Rasmi


4Na report2

Saturday, August 21, 2010

Imbuhan awalan beR dan apitan beR....an

Sila baca dan fahami penggunaan imbuhan awalan beR dan apitan beR...an


Imbuhan beR dan beR...an

Friday, August 13, 2010

Ujian Kosa Kata : 3NA ( 20 Ogos) & 3E (21 Ogos)

Sila sila daftar kata yang akan diuji. Makna bagi setiap perkataan boleh didapati daripada petikan cerpen dan juga kefahaman yang terkini.

Daftar Kosa Kata

Kefahaman dan Kosa Kata

1.Sila baca petikan ini dan fahami setiap kosa kata.
2. Seterusnya, kunjungi EXAM GENERAL untuk mengisi jawapan anda.

Sunday, August 1, 2010

Thursday, July 29, 2010

Wednesday, July 28, 2010

Thursday, July 22, 2010

Cerpen (Kosa Kata & Ujian)

Baca cerpen di bawah ini. Hafal perkataan yang berhuruf tebal., Ujian kosa kata akan dijalankan minggu hadapan.

Cerpen Tanyalah Pada Jiwa

Tuesday, June 22, 2010

PELAJARAN 2
Undang-undang mengenai Vandalisme

Sila klik pautan di bawah ini:


Baca dan fahami.

Setujukah kamu dengan hukuman yang diberikan kepada pesalah yang merosakkan harta benda awam.

Merosakkan Harta Benda Awam

PELAJARAN 1 

Sila klik pautan untuk menonton perkara buruk yang telah dilakukan oleh insan yang tidak bertanggungjawab.

Video: Sikap negatif

Sila baca rencana mengenai vandalisme. Klik pautan di bawah ini.

Rencana Vandalisme


Tugasan ini perlu dilakukan sebelum pengajaran pertama bahasa Melayu iaitu hari pertam bagi penggal 2.

Wednesday, June 2, 2010

BERITA BURUK DILAYANGKAN

Memandangkan ada pelajar yang tersilap menggunakan Wikispaces,maka seluruh karangan telah terpadam. Maka, saya sudah menamatkan akaun wikispaces. Akan saya berikan 4 karangan dan dihanta pada tarikh yang ditetapkan. Markah akan dikumpul buat semester 2.

Wednesday, May 26, 2010

Tugasan 1: Mini Novel

Setiap pelajar perlu melengkapkan tugasan yang diberi agar teman-teman yang lain dapat merampai tugasan ini.

Minggu 1:
Isnin : Syafiq
Selasa : Farhana
Rabu : Syakila
Khamis : Siti
Jumaat : Ain
Sabtu: Humaya

Minggu 2:
Isnin : Stephanie
Selasa : Elsa
Rabu : Shahir
Khamis : Hakim
Jummaat : Diana
Sabtu : Asif

Minggu 3:
Isnin : Syafiq & Azeem
Selasa : Farhana
Rabu : Syakila
Khamis : Siti + Farhana
Jumaat : Ain + Syakila
Sabtu: Humaya

Minggu 4:
Isnin : Stephanie+Elsa
Selasa : Elsa + Stephanie
Rabu : Shahir
Khamis : Hakim+Shahir
Jummaat : Diana
Sabtu : Asif+Azeem

Sunday, May 23, 2010

Karangan

TUGASAN A DIHANTAR PADA HARI SELASA, 25 MEI 2010
TUGASAN B DIHANTAR PADA HARI RABU, 26 MEI 2010

A) Tulis sepucuk surat yang panjangnya tidak kurang daripada 250 patah perkataan mengenai satu daripada tajuk-tajuk yang berikut .

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:

Amin bin Abu Bakar atau Aminah binte Abu Bakar
Blk 225, Greenwood Avenue 2
#10-290
Singapura 730225


1. Baru-baru ini kamu sering terbaca rencana-rencana di akhbar yang mengadu tentang para pelajar yang tidak bersungguh-sungguh dan kurang bersemangat dalam pembelajaran bahasa Melayu. Kamu ingin membentangkan masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh mereka yang menyebabkan berlaku keadaan sedemikian.

Tulis sepucuk surat kepada Editor Forum Berita Harian untuk menyatakan masalah-masalah tersebut dan berikan cadangan-cadangan kamu agar para pelajar lebih bermotivasi untuk mempelajari bahasa Melayu.

Alamatkan surat kamu kepada:

Editor Forum
Berita Harian
1000 Toa Payoh North
Singapura 318994

B) Ceritakan tentang satu kejadian yang mengubah tanggapan kamu
terhadap seseorang yang kamu benci sebelum ini.

Wednesday, April 28, 2010

Thursday, April 15, 2010

Bahasa - Pautan Internet

Anda boleh lungsuri internet untuk memahami aspek bahasa yang anda kurang fahami.

Peribahasa

Setiap pelajar perlu mengulang kaji senarai peribahasa menengah 1 dan 2. Aktiviti yang menarik akan dijalankan pada hari Jumaat hadapan. Nantikan !

Kata Tugas ( Ujian Pada 22/23 Apr 2010)

Cuba Fahami Setiap Bahagian Yang Dijelaskan Dalam Setiap Slaid

Wednesday, March 3, 2010

Personaliti Seorang Remaj aYang Kemurungan

Sila baca petikan dan tonton klip video mengenai jenis-jenis tekanan.
Rujuk buku SWAKARYA , bahagian personaliti diri dan perasaan. Baca dan fahami contoh yang diberi dahulu.
Watak yang harus anda fikirkan adalah seorang remaja yang kemurungan.


Sila Klik.


Kemudian tonton klip video.



Saturday, February 27, 2010

Karangan ( Masalah dan Kesan)

Anda telah diajak melakar cara membina plot.
Anda telah mengenali pasti jenis-jenis masalah.
Maka, anda harus melengkapkan sebuah karangan yang lengkap.

Tema: Penyesalan


Monday, February 22, 2010

Penanda Wacana (Asas)

Manfaatkan penggunaan Penanda Wacana sewaktu anda mengarang Surat Kiriman Rasmi ( Makanan)

Penanda Wacana

Sunday, February 21, 2010

Keutamaan Ilmu Pengetahuan: BH 21 Feb 2010

Tonton!




Ustaz Mohd Faiz Md Aris
Guru Kanan Andalus Jurong West

Keutamaan Ilmu Pengetahuan

Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Di antaranya ialah:

"Allah telah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia jua, begitu pula para Malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyaksikan sama, iaitu Tuhan yang berdiri di atas keadilan"(Ali-Imran: 18)

Perhatikanlah pada ayat yang tersebut di atas itu, bagaimana Allah s.w.t. telah memulakan penyaksian itu dengan diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.

Allah berfirman pula:

"Andaikata mereka mengembalikannya (berita itu) kepada Rasul dan kepada orang-orang yang memegang urusan pemerintahan diantara mereka, tentulah halnya telah dimengerti oleh orang-orang yang menelitinya dalam golongan mereka itu". (an-Nisa': 83).

Jadi hukum mengenai perkara-perkara yang berlaku itu harus dikembalikan kepada kebijaksanaan orang-orang yang berilmu pengetahuan, kerana martabat mereka ditingkatkan dengan martabat para Nabi dalam menyingkap hukum-hukum Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menentukan kelebihan ilmu pengetahuan atas segala rupa ibadat dan penyaksian, katanya:

"Keutamaan seorang yang berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku.

"Cubalah perhatikan, betapa itmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan martabat sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui dengan ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.

Di antara wasiat Luqman Al-Hakim terhadap anaknya ialah;

Wahai anakku! Pergauilah para alim-ulama dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimana Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit.

Keutamaan belajar

Adapun ayat-ayat Al-Quran yang berhubung dengan keutamaan belajar itu, di antaranya ialah:

"Mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama."(At-Taubah: 122)

"Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan, kiranya kamu tiada mengerti." (An-Nahal: 43)

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah s.w.t. akan melorongkan baginya jalan ke syurga." "Andaikata anda berangkat untuk mempelajari suatu bab dari ilmu pemgetahuan, adalah lebih utama dari anda bersembahyang seratus rakaat."

"Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang Muslim."

Abu Darda' berkata:

"Kiranya saya dapat mempelajari suatu masalah, itu adalah lebih saya cinta daripada saya bangun beribadat sepanjang malam." "Orang alim dan orang yang menuntut ilmu itu, adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara orang-orang selain keduanya adalah sesia belaka. Tiada bangun sama sekali. "

Berkata Ibnu Mas'ud r.a.:

"Hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ianya terangkat, dan terangkatnya ilmu pengetahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. Jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar."


Keutamaan mengajar

Ayat-ayat al-Quran mengenai keutamaan mengajar ini, ialah di antaranya firman Allah Ta'ala:"

Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati."(At-Taubah: 122)

Maksudnya ialah memperingatkan mereka itu dengan pelajaran dan petunjuk yang diperolehinya.

"Dan di waktu Tuhan mengambil janji orang-orang yang diberikan olehnya kitab; iaitu hendaklah kamu sekalian menerangkan perkara-perkara yang tersebut di dalam kitab itu, dan jangan sampai kamu menyembunyikannya."(Ali-Imran: 187)

Maksudnya ialah mewajibkan orang yang berilmu itu menyebarkan ilmunya dengan mengajar. "Ada sebahagian dari mereka itu yang menyembunyikan kebenaran, sedangkan mereka itu mengetahui (hukumnya)." (Al-Baqarah: 146)

Maksudnya menghukumkan salah atau haram orang yang menyembunyikan ilmu pengetahuanya, sebagaimana dihukumkan haram pula orang yang menyembunyikan penyaksiannya.

Firman Allah Ta'ala:

"Barangsiapa menyembunyikannya (penyaksian), maka berdosalah hatinya." (Al-Baqarah: 283)

"Siapakah orang yang lebih baik ucapannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan berbuat kebaikan." (Fushshilat: 32)

Dengan ilmu pengetahuan seorang hamba itu akan sampai ke peringkat orang-orang yang terpuji ketaatannya dan tertinggi kedudukannya. Memikirkan perihal ilmu pengetahuan setanding pahalanya dengan berpuasa, dan menelaahnya setanding pahalanya dengan bangun beribadat di tengah malam. Dengan ilmu pengetahuanlah manusia mentaati Allah Azzawajalla, memperhambakan diri kepadaNya, MengEsakanNya dan membesarkanNya.. Dengan ilmu pengetahuan juga manusia boleh mencapai darjat kewajiban kewara'an, dan dengannya pula manusia menyambung silatur-rahmi. Dengan ilmu pengetahuan juga, ia akan mengenal yang halal dan yang haram. Ilmu pengetahuan itu adalah diumpamakan sebagai pembimbing, manakala amalan pula menjadi pengikutnya, dan berbahagialah orang yang menerima ilham dari ilmu pengetahuan, dan celakalah orang yang terhalang dari ilmu pengetahuan

Kosa Kata Wajib

Setiap pelajar harus memahami dan mengingati setiap kosa kata. Wajib! Ujian Akan Diberikan pada 3 MAC 2010.

KOSA KATA WAJIB 1

Tuesday, February 16, 2010

Thursday, February 4, 2010

Kegemukan!! Mak Oi!

Pelajaran Bahasa Melayu: 10 Feb 2010, RABU
Tonton dan fahami kandungannya.
catat cara-cara seseorang itu boleh menguruskan badannya.

Kantinku

kantinku

Peribahasa Khazanah Masyrakat Melayu

Peribahasa

Tuesday, February 2, 2010

Imbuhan Awalan

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/awalan.htm

Perhatikan Penggunaan Imbuhan Awalan beR, meN,teR, se, di, peN

Apakah yang perlu anda fahami?
Mudah sahaja! Fahami fungsi bagi setiap imbuhan.

Makan Ulat Sago


Apakah Khasiat makan ulat?

Friday, January 29, 2010

Analisa Lirik Lagu

Analisa Lirik Lagu

Langkah-langkah menganalisa lirik lagu:

1. Baca lirik lagu tersebut dengan teliti.

2. Tukil perkataan-perkataan yang payah dan semak makna bagi perkataan tersebut.

(Gunakan kamus ataupun lungsuri http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php )

3. Gunakan SAMMBoB ( Siapa, Apa, Mengapa, Di Mana, Bila, Bagaimana) untuk

memahami lirik tersebut. Teliti setiap rangkap dan catatkan sebanyak mungkin soalan

yang terlahir di dalam minda anda sewaktu anda membaca lirik tersebut.

Gunakan SAMMBoB ( Siapa, Apa, Mengapa, Di mana, Bila, Bagaimana) untuk memahami lirik tersebut. Teliti setiap rangkap dan catatkan sebanyak mungkin soalan yang terlahir di dalam minda anda sewaktu anda membaca lirik tersebut.

Tuesday, January 26, 2010

Topik Utama Makanan



Apakah yang perlu anda selidik?

SAMMBoB
1. Siapa
a. Menengah 1, 2, 3, 4
b. Melayu, Cina, India
c. Lelaki, Perempuan
2. Apa
a. tempatan atau luar negara

3. Mengapa
a. buah tersebut menjadi pilihan
b. anda tidak memilih buah dari golongan yang lain

4. Mana
a. tempat membeli buah
b. tempat memakan buah

5. Bila
a. Masa makan buah
b. berapa kerap makan buah

6. Bagaimana
a. cara-cara menikmati buah-buahan